Saturday, April 25, 2009

Kejohanan Bola Sepak, Anjuran Rumah Perak


Salam Alaik, izaiyak anda sume? hoho, perasan cam der orang tengok jer blog caca marba nih.. Lame dah tak update blog nih, bukan aper, takder aktiviti, tetiap ari bangun tido, g kelas, balik umah, tido balik.. Tu jerlah aktiviti tetiap ari..

Tapi baru2 nih baru der aktiviti skit, aa cam tajuk tulah, aktivitinyer, menyertai kejohanan bola sepak anjuran Rumah Perak.. Jadi kalo Rumah Perak yang anjurkan, macam beselah, hanya pelajar2 yang berasal dari negeri perak sahaja lah yang layak menyertai kejohanan ni, dah teman memang oghang peghok, jadi teman blehlah menyertai. ( dah tuko loghat plok dah).

Team kitorang sepakat letak name Shoubra. Name tempat kitorang belajo.. Saje2 jer join men bola nih, tak bajet nak menang pun, tapi tulah, dah memang playernyer sume star2 belaka, tepaksalah menang.. Tak pecaya ek, tapi tulah kenyataannyer , kitorang menang final 1-0..yahoo..

Skali men dah nak patah2 kaki, adiahnyer dapat hamper biskut jer.. paperpun alhamdulillah..Bukan hadiah yang dicari, banyak faedah len yang leh dapat, mengeratkan silaturrahim, beriadah dan pengalaman. Itu yang susah nak dapat.. ke caner? Emm disini disertakan sedikit visual begambo suasana ketika kejohanan tuh...


Begambo sebelum pelawanan final.. (baju kuning tuh)


star2 (perasan) sedang beraksi..



Bilerlah ader orang injured nih, asyik jadi pemain simpanan jer..



tengok muke dah tau, menang..hohoho..


yang ni plak, muke tak puas hati kalah..hoho.ops tak baik gelakkan orang tau..


Jumper lagi..salam alaik...

No comments: