Saturday, January 31, 2009

Qal,ah Salahuddin Al Ayubi.

Qal,ah Salahuddin Al Ayyubi dari dalam..




Arinih tak tau nak post aper, Bangun tido tingat nak wat posting citer Qal,ah nilah.. Emm sebagai permulaannya kita intro skit pasal Qal,ah nih. Qal,ah ni dalam bahasa melayunyer lebih kurang kubu ataupun benteng. Iaitu kubu Sultan Salahuddin Al Ayyubi.

Mengikut sejarah yang saya taulah, kubu ni dibina pada tahun 1183M oleh Sultan SAlahuddin Al Ayyubi. Tujuannyer ialah sebagai benteng untuk mengawasi ataupun mempertahankan kota Kaherah dari serangan musuh. Di dalamnya terdapat berbagai kemudahan seperti istana, dan masjid.

Ada satu masjid dalam kubu ni, besar gler, namenyer masjid Mohammad Ali atopun dikenali ngan masjid Alabaster, aku tanyer gak kawan2 senior nape name dier alabaster, diorang cakap, sebab dinding masjid nih dilapisi dengan alabaster. Wallahu aklam. Mengikut sejarahnya masjid nih dibina pada tahun 1830M. Rekaan masjid nih lebih kurang same dengan masjid apetah namenyer kat turki, maapler, tak baper nak ingat.sebijok ruper dier.. Aku muler2 sampai masjid nih, rase cam kat Turki lak.


Aaa nilah masjid Muhammad Ali tuh, lebih kurang same ngan masjid ape tah kat Turki tuh.


Tempat amik wudhuk dier, ngah renovate..



Emm sekarang nih, kubu Sultan Salahuddin Al Ayyubi nih kerajaan Mesir buat sebagai tempat melawat. Dalamnyer der muzium tentera, muzium polis. Harga tiketnyer plak kalo untuk student 25 geneh, dalam ringgit malaysia lebih kurang Rm 16. Kalo untuk pelancong plak, harga tiketnyer 50 geneh. Dalam ringgit malaysia, lebih kurang Rm 32.


3 budak melayu takder keje tangkap gambo depan cermin.



Kat muzium nih, banyaklah sejarah ketenteraan Mesir, contoh sejarah peperangan 3 negara Arab ngan Israel pada tahun 1967, tapi citer tentang peperangan tuh tak banyak, kalo ikut pendapat akulah, sebab mesir kalah..hoho..jangan marah ek.. Pastu citer Mesir repeat balik lawan Israel pada tahun 1973, aa yang citer pasal perang nih banyak gler, sebab Mesir menang.



Monumen askar Mesir menjerit, yahoo Mesir menang.



Meriam lame, zaman kesultanan Ali PAsha.



Pesawat Mig 15 Yang digunakan mase lawan Israel dulu.




Keter kebal Israel yang berjaya ditawan Maser perang 1973. kalo tak silapler..



Jadi kepada anda yang kalo der maser, ato der duit, nak bawak family melancong, Mesir salah satu destinasi yang banyak tempat menarik dan tempat yang kaya dengan sejarah islamnya.



Monumen Sultan apetah, dah lupe, banyak sangat sultannyer..


Maafler kalo bahase agak rojak skit ek.. Kepala agak blur skit, emm banyak lagi tempat bersejarah tak pegi lagi nih, blerlah agaknyer ader peluang nak..

Friday, January 30, 2009

Bengang gler..

Ishk aperlah nasib aku nie ek..

Sebenarnyer aku takder nak tulis apepun, cume sekadar meluahkan rasa hati nih jer.. Betullah orang kate, cinta jarak jauh nih memang payah. Banyak yang nak kene pikir.

Aku hanyalah ordinary guy.. tak mengharapkan yang sempurna, cuma cukuplah seorang yang menyejukkan hati, mendengar kata. hanya itu yang aku harapkan..

Semoga Allah SWT memberikan aku ketabahan. Aku percaya pada hukum karma, apa yang orang buat pada kita insyaallah akan dibalas kembali. Jadi pada semua, sebelum buat sesuatu, pikirkan, suatu hari nanti orang akan buat balik macam tu kat kita. Time tuh, baru kita tau, camaner peritnyer.

Emm kawan2 der pengalaman cinta antara benua tak? kongsilah skit..

Singa Berkepala Manusia.. Sphinx



Saje jer buat tajuk poyo camtu, semalam gak aku berkesempatan jalan2 g usha satu lagi monumen yang bersejarah di Mesir nih iaitu Sphinx.

Pernah dengar tak pasal Sphinx nih? Iananya merupakan monumen singa berkepala manusia. Emm salunyer orang salu ingat pasal mesir pasal pyramid ngan firaun dier jer. Sphinx nih orang jarang sebut. Padahal Sphinx ni pun merupakan salah satu dari keajaiban yang ada di mesir nih.

Yang sebenarnya, Sphinx nih kawasannyer dekat jer ngan pyramid. Baru2 nih aku der tengok citer national geografic, pengkaji tuh kate, kemungkinan Sphinx nih mungkin dibina lebih awal dari pyramid. Iaitu mungkin 8 ato 9 ribu tahun dahulu. Pyramid pulak kemungkinan dibina pada 4 ato 5 ribu tahun dahulu. Emm pape jelah, asalkan diorang bahagia.


Aa nilah dier Sphinx tuh..


Bajet nak angkat lagilah tuh..






Kami dapat tgk dari jauh jer Sphinx nih, Sebab kalo nak masuk tengok dari dekat, kene bayor tiket len. DAhlah harga untuk pelancong mahal gler, nasib bek der kad pelajar, murahlah skit.
Tapi kalo untuk rakyat mesir murah gler. Bagus gak diorang buat macam tuh, jaga kebajikan rakyat lah kot.

Biler agak2 anda nak g melawat mesir yang kaya dengan sejarah nih?


Pyramid..

Alhamdulillah, Akhirnya semalam aku berkesempatan berjalan g tengok2 pyramid. Salah satu dari sepuloh keajaiban dunia. Dah lame dah teringin nak pegi, tapi takder orang nak bawak. Nak pegi sendiri tak baper nak reti, maklumlah baru je study kat mesir nih.

Emm seronok gak g pyramid nih, yelah, kita dapat tengok dan memikirkan macam manelah orang mesir zaman dahulu buat pyramid nih. Tinggi gler lak tuh.

Memang tetiap ari pyramid nih tak putus dikunjungi oleh pelancong yang datang sendiri melihat keajaiban dier. Semalam time aku g tuh, berduyun2ler manusia kat sane. Cume yang tak bape best, sejuk gler kat sane. setakat baju 3 lapis tuh, memang tak bleh tahanlah.

Disisni aku sertakan beberapa gambo sepanjang di pyramid..









Nyebokjer makcik jepun kat sebelah tuh..

Selamberjer aku tampung pyramidtuh..kuat oo..hahaha..


aa Aku besandor plak..

Aku ngan Kamil..

DAri kiri: Dini, Aku, Adib dan kak rosma...

Senang citer, bestlah g pyramid. Jadi kepada anda2 sume yang suker bejalan mengembara, g lah berkunjung ke pyramid nih. Insyaallah ianya menjanjikan pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup..

Sunday, January 11, 2009

Lala masak Lemak

Arini kebetulan kami satu rumah bangun awal, perut sume lapo, tetibe timbul idea nak masak masakan yang rei punyer, nak tau ape dier, aa bacelah tajuk kat atas tuh.


Lala Yang Sudah Siap dibasuh


Kat sini payah gak nak cari lala. Bukan macam kat malaysia, belambak. Kalo tingin makan lala kene cari kat hyper market yang beso2 jer jer. Harganya taklah mahal sangat, lebih kurang sekilo 11 geneh. Dalam ringgit malaysia lebih kurang 8 ringgit. Mungkin arab tak bape makan lala, sebabtu murah kot.


Santan Paket, memandangkan kat sini payah nak cari santan fresh, sebat jelah yang tak freshnyer.


Gayer Tekun Menumbuk Cili.



Cili Tumbuk Dan Bawang Yang sudah Dihiris.

Banyak bahan2 yang susah nak dapat kat sini, macam kunyit, serai dan macam2 lagilah. Jadi masakan ni tak baper sempurnalah. Tapi apa bleh buat, kene bersyukur jelah, lagipun sini Mesir, bukannyer Malaysia, yer dak?

Jadi arini chef yang akan melaksanakan misi lala masak lemak ni ialah ustat adib.hehehh.. Adib nih kire pandailer masak. Tapi yang sebenonyer sume ahli bait umah nih pandai masak, cume rini giliran Adib yang masak. Masakan orang bujang jer.


Aksi Dari Chef Yang Bertugas.




Lala Yang Dah Siap Masak. Nampak Menyelerakan, Tul Tak?


Emm Sumenyer dah setel, jadi tibalah masanya untuk sama2 melahap makanan yang sudah terhidang. Jemput makan sume na..

Aper yang anda masak hari nih?




Saturday, January 10, 2009

Ikan Bakar Versi Mesir.

Salam sejahtera, semalam saya berkesempatan untuk pergi beli ikan bakar di syarik rod el farag. Seperti mana kat mesia der ikan bakar, kat sinipun der ikan bakar gak. Dalam Base tempatannyer dipanggil samak masywi.

Harganya agak berpatutan kalo nak dibandingkan dengan mesia. Saya beli ikan sardin, siap dibakar sekali harganya lebih kurang 12 geneh sekilo. Dalam ringgit malaysia lebih kurang seploh ringgit.

Yang agak menariknya disini, kedai ikan bakar ni salunyer kat dekat kaki lima jer, dan dier hanya menjual untuk dibungkus bawa balik makan kat umah. Dier tak sediakan meja ato kerusi untuk makan kat kedai tuh. Jaranglah jumper kedai ikan bakar yang bleh makan kat kedai tuh. Selalunyer semua akan dibungkus untuk makan kat umah.

Rasanya bleh tahan jugak, blehlah buat ilang rindu pada ikan bakar malaysia. Balik rumah makan dengan nasi, emm sedap.



Rupe ikan sardin yang sebelum di panggang.


Dapur untuk panggang ikan.


Ikan yang sedang dibakar.
Pakcik bakor ikan sedang sibuk menyetting pape yang patut.


Bau aroma ikan bakar menusuk hidung manusia yang sedang duduk kat belakang tuh.
Proses terakhir, pakciktu letak sambal2 skit kat ikan.



Ingat minggu depan nakl g beli lagilah ikan bakar, tapi ingat nak try ikan len lak.

Apakah ikan bakar yang anda suker? talapia? Kerapu? siakap?..

Monday, January 05, 2009

Kehidupan Seharian Kucing Mesir Yang Bernama Chicodo..


Bangun2 tdojer dah men game..


Aaa panjang tajuk tuh.. Kat umah ni der sekor binatang peliharaan. Emm kebiasaannyer bebudak belajo mesir nih salu boring duk umah. So mereka memilih untuk buat satu bender yang bleh menghilangkan keboringan tuh. salah satu caranyer ialah dengan membela binatang peliharaan.

Banyak jenis yang diorang bela, antaranya ialah, ikan, kucing, hamster, iguana, dan banyak lagilah.. Cuma yang diorang tak bela dua jenis bender je, anjing dan ba**. aa tu bahayer, kene samak nanti.

Jadi berbalik pada citer asal tadi, pasal binatang yang kami pelihara dirumah ni ialah kucing. kucing namenyer chicodo. Tah mane idea dapat letak name chicodo.. heheh.. Dia nilah pengubat keboringan kitorang sekuarga.. Umurnya lebih kurang 11 Bulan.. Muda lagi tuh..

Jadi citernyer ialah bagaimana si chicodo ni mengharungi kehidupan seharian. Emm kehidupan dier cam kucing beselah.. Bangun tdoje , duk nyendeng2 kat orang. Pastu rase lapo skek, dier duk bunyi bagitau lapo.. kitorang pun bagilah makanan kat dier. Emm dulu kitorang biasa bagi dier makan friskies. Tapi dah lame tak mampu plak nak bagi makan friskies jer. Mane taknyer, sebulan dua paket.. Satu paket, harga lebih kurang 50 geneh. Kalo dalam ringgit malaysia lebih kurang 35 ringgit. Tuan dierpun tak makan mahal camtuh.


Tengah bersenam menggunakan dumbell.



Bersama piala kemenangan kejohanan angkat berat.



Lepas bersenam, lepak dalam kandang jap.



Masa untuk makan. Inilah makanan chicodo.



Makanan chicodo selepas diisi dalam bekas makanan dier. Der ikan warna-warni.



Chicodo makan dengan lahapnyer tanpa memperdulikan orang disekeliling.



Lepas makan, dahaga, minum air jus paipbesi.

Time dier qodo hajat lak, part ni yang aku paling tak suke, dia qodo hajat kat depan pintu bilik air jer, jadi lepas dia dah buang hajat dia, menjadi tugas kitorang plak cedok buang dalam mangkuk tandas. Akhir kehidupan dia ialah pada malam hari iaitu ketika hendak tidur. Port yang dia paling suka tido ialah bersama manusia. Aku salu gak bila bangun tido je jumper dier tido kat celah kangkang. Emm oklah, itu saje citer merepek aku untuk hari ini. Harap2, kalo tak suke citer nih, simpankan jer dalam hati yer..




Nakal, jadi kene kurung dalam sangko jap.




Time to sleep, nyebok sebelah miodo..

Apakah binatang peliharaan anda?

Sunday, January 04, 2009

Budaya Ziarah Menziarahi..

Arini aku nak story salah satu budaya bebudak yang belajo kat mesir nih. iaitu ziarah menziarahi. ziarah menziarahi dah menjadi satu kelaziman bebudak disini.. tak kire kalo der functionker ato tak,bebudak mesir nih memang suke ziarah umah kawan-kawan.

Beselah, kat sini takder mak ayah, sedare mare, atok, nenek onyang dan sebagainyer, so umah kawan2 jelah yang leh kiter ziarah. Base from pengalaman akuler, banyak faktor yang aku rase mendorong budaya ziarah menziarahi ni terjadi, yang pertamanyer, off courselah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara sahabat. Yang kedua, kawan der buat makan-makan, so ramailah yang berziarah. makan freelah katekan, sini bukan der kedai makan cam malaysia, so kalo dapat rase makanan malaysia dah dikira seribu rahmat.

Yang ketiga, boring duk umah. Balik kelas lebih kurang kul 11.30 pagi. so setat dari balik kelas tuh sampai malam, takder aktiviti. jadi g ziarah umah kawan2 adalah salah satu aktiviti yang leh ilangkan boring kat umah.

dan yang seterusnya lagi faktor bebudak sini salu ziarah umah kawan, korang nak tau? tapi agak kelaka dan tak baper masuk akal lah. Sebabnyer ialah nak lari dari kesejukan. pelikkan faktor tuh. tapi tulah kenyataannyer. Aa meh aku citer skit ape maksud ayat aku tadi. Skang nih tengah musim sejuk. jadi salunye bebudak sini yang umah fletnye tingkat bawah ato atas sekali, salunye umah diorang nih sejuk gler..macam akulah, umah aku, tingkat 6. sejuk gler oo..nek kebas kaki ngan tangan..so bagi mengelakkan dari berasa kesejukkan yang amat sangat, aku salunye g lepak umah kawan2 yang umah dier berada di tengah2. takderlah sejuk sangat. rase2 paham tak ngan penerangan aku.hehe.


posing dulu sebelum g ziarah raye..

Tuan umah ngah tunggu kedatangan tetamu yang nak datang.

sesi makan2 dan bergosip tentang hal semasa.


sampai tebeliaq aa mate menggambarkan kesedapan mee kari tuh.


Bahan2 nak letak dalam mee kari.


muke puas kekenyangan.

aa satu lagi aku rase sebab budaya ni bekembang subur antara pelajar malaysia dimesir ialah mungkin diorang nak bagi pahala free pada tuan umah. kate orang tetamu datang,bukan datang saje, dia datang dengan bawak rahmat sekali. ke cane?

Sudahkah anda menziarahi orang yang tersayang?





salam perkenalan..

semekom..saya mior..asal perak,ipoh mali talak sombong.sekarang sambung belajo kat mesir ato base inggerisnyer egypt.budak baru dalam dunia blog nih..saje nak try..tengok orang len berblog,akupun teringin gak nak ader..

mungkin banyak jenis blog.politik,hal ehwal semasa dan macam2 lagilah..tapi mungkin akunyer blog nih,insyaallah citer pasal hal aku di mesir ni jelah..

so.sebagai orang baru dalam dunia nih,aku harap sangatlah saudara ato saudari yang dah lame berada dalam alam cyber nih memberi buah pendapat agar dapat menjadikan blog aku nih lebih menarik..he2..
so,let rock and roll..