Monday, January 05, 2009

Kehidupan Seharian Kucing Mesir Yang Bernama Chicodo..


Bangun2 tdojer dah men game..


Aaa panjang tajuk tuh.. Kat umah ni der sekor binatang peliharaan. Emm kebiasaannyer bebudak belajo mesir nih salu boring duk umah. So mereka memilih untuk buat satu bender yang bleh menghilangkan keboringan tuh. salah satu caranyer ialah dengan membela binatang peliharaan.

Banyak jenis yang diorang bela, antaranya ialah, ikan, kucing, hamster, iguana, dan banyak lagilah.. Cuma yang diorang tak bela dua jenis bender je, anjing dan ba**. aa tu bahayer, kene samak nanti.

Jadi berbalik pada citer asal tadi, pasal binatang yang kami pelihara dirumah ni ialah kucing. kucing namenyer chicodo. Tah mane idea dapat letak name chicodo.. heheh.. Dia nilah pengubat keboringan kitorang sekuarga.. Umurnya lebih kurang 11 Bulan.. Muda lagi tuh..

Jadi citernyer ialah bagaimana si chicodo ni mengharungi kehidupan seharian. Emm kehidupan dier cam kucing beselah.. Bangun tdoje , duk nyendeng2 kat orang. Pastu rase lapo skek, dier duk bunyi bagitau lapo.. kitorang pun bagilah makanan kat dier. Emm dulu kitorang biasa bagi dier makan friskies. Tapi dah lame tak mampu plak nak bagi makan friskies jer. Mane taknyer, sebulan dua paket.. Satu paket, harga lebih kurang 50 geneh. Kalo dalam ringgit malaysia lebih kurang 35 ringgit. Tuan dierpun tak makan mahal camtuh.


Tengah bersenam menggunakan dumbell.



Bersama piala kemenangan kejohanan angkat berat.



Lepas bersenam, lepak dalam kandang jap.



Masa untuk makan. Inilah makanan chicodo.



Makanan chicodo selepas diisi dalam bekas makanan dier. Der ikan warna-warni.



Chicodo makan dengan lahapnyer tanpa memperdulikan orang disekeliling.



Lepas makan, dahaga, minum air jus paipbesi.

Time dier qodo hajat lak, part ni yang aku paling tak suke, dia qodo hajat kat depan pintu bilik air jer, jadi lepas dia dah buang hajat dia, menjadi tugas kitorang plak cedok buang dalam mangkuk tandas. Akhir kehidupan dia ialah pada malam hari iaitu ketika hendak tidur. Port yang dia paling suka tido ialah bersama manusia. Aku salu gak bila bangun tido je jumper dier tido kat celah kangkang. Emm oklah, itu saje citer merepek aku untuk hari ini. Harap2, kalo tak suke citer nih, simpankan jer dalam hati yer..




Nakal, jadi kene kurung dalam sangko jap.




Time to sleep, nyebok sebelah miodo..

Apakah binatang peliharaan anda?

No comments: