Sunday, January 04, 2009

Budaya Ziarah Menziarahi..

Arini aku nak story salah satu budaya bebudak yang belajo kat mesir nih. iaitu ziarah menziarahi. ziarah menziarahi dah menjadi satu kelaziman bebudak disini.. tak kire kalo der functionker ato tak,bebudak mesir nih memang suke ziarah umah kawan-kawan.

Beselah, kat sini takder mak ayah, sedare mare, atok, nenek onyang dan sebagainyer, so umah kawan2 jelah yang leh kiter ziarah. Base from pengalaman akuler, banyak faktor yang aku rase mendorong budaya ziarah menziarahi ni terjadi, yang pertamanyer, off courselah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara sahabat. Yang kedua, kawan der buat makan-makan, so ramailah yang berziarah. makan freelah katekan, sini bukan der kedai makan cam malaysia, so kalo dapat rase makanan malaysia dah dikira seribu rahmat.

Yang ketiga, boring duk umah. Balik kelas lebih kurang kul 11.30 pagi. so setat dari balik kelas tuh sampai malam, takder aktiviti. jadi g ziarah umah kawan2 adalah salah satu aktiviti yang leh ilangkan boring kat umah.

dan yang seterusnya lagi faktor bebudak sini salu ziarah umah kawan, korang nak tau? tapi agak kelaka dan tak baper masuk akal lah. Sebabnyer ialah nak lari dari kesejukan. pelikkan faktor tuh. tapi tulah kenyataannyer. Aa meh aku citer skit ape maksud ayat aku tadi. Skang nih tengah musim sejuk. jadi salunye bebudak sini yang umah fletnye tingkat bawah ato atas sekali, salunye umah diorang nih sejuk gler..macam akulah, umah aku, tingkat 6. sejuk gler oo..nek kebas kaki ngan tangan..so bagi mengelakkan dari berasa kesejukkan yang amat sangat, aku salunye g lepak umah kawan2 yang umah dier berada di tengah2. takderlah sejuk sangat. rase2 paham tak ngan penerangan aku.hehe.


posing dulu sebelum g ziarah raye..

Tuan umah ngah tunggu kedatangan tetamu yang nak datang.

sesi makan2 dan bergosip tentang hal semasa.


sampai tebeliaq aa mate menggambarkan kesedapan mee kari tuh.


Bahan2 nak letak dalam mee kari.


muke puas kekenyangan.

aa satu lagi aku rase sebab budaya ni bekembang subur antara pelajar malaysia dimesir ialah mungkin diorang nak bagi pahala free pada tuan umah. kate orang tetamu datang,bukan datang saje, dia datang dengan bawak rahmat sekali. ke cane?

Sudahkah anda menziarahi orang yang tersayang?





4 comments:

.....wanie.... said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aman.. said...
This comment has been removed by the author.
cik oryza said...

biasa bape jam lepak kt satu2 rumah tu?
lama ka?

aman said...

aa lame aa gak..kalo datang pagi,petang baru balik..tak macam kat mesia..malu nak lepak lame2..