Thursday, February 26, 2009

Tips Bersahabat..

Emm dah lame tak update, takder idea, tadi duk merayap2 dalam blog sorang sahabat, jumper tajuk nih, nakmpak macam menarik, so same2lah kita memahami, menghayati dan memperaktikkannya dalam kehidupan kita seharian..


1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t

Rasulullah s. a. w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sunday, February 22, 2009

Letupan Bom Berdekatan Kawasan Pelancongan Hussein....


Emm baru tadi aku dapat link dari kawan suh tengok laman web Al-Jazeera, Katenyer kawasan kedai dekat masjid Hussein kene bom..

Terkejut gler aku, bio betui, tempat tuh aku salu jalan2 kalo nak cari kitab ngan cenderamata. Mengikut laporan al-jazeera, sorang pelancong perempuan warganegara perancis terkorban dan 19 orang lagi cedera.

Kawasan Hussein tuh memang kawasan tarikan pelancong, memang ramai gler tetiap ari pelancong kat kawasan tuh. Mengikut maklumatnyer, letupan tuh berpunca dari bom tangan..

Emm aku berdoa, ya Allah selamatkanlah aku selama aku menuntut ilmu di bumi Mesir ini.. Pada kawan2, ati2lah biler berjalan2 tuh ek.. jaga keselamatan diri ek..

Wadi Arba'in dan Patung Lembu Samiri..

Ini juga merupakan dua tempat yang bersejarah yang terdapat di semenanjung Sinai yang sempat aku g melawat. Wadi Arba'in dan Patung Lembu Samiri..

Wadi arba'in nih ialah satu tempat yang terdapat sebiji bongkah batu besar yang Nabi Musa A.S dikurniakan Allah S.W.T dengan satu mukjizat. Iaitu mengeluarkan 12 mata air dari sebiji bongkah batu. Kisah ini diceritakan didalam Al-Quran.


Nampak tak lubang2 kat batu tuh? Nilah tempat mengalir air mata air tu..


Sampai sekarang batu tu masih wujud, dan lubang mata air yang der dua belas tupun masih tersergam kukuh, kekal sebagai mukjizat Nabi Allah Musa A.S. Cuma air mata air je yang tak mengalir lagi.

Masa aku melawat bongkah batu ni, aku tengok atas batu tu ader besi macam cangkuk, pelik gak aku, apsal der cangkuk besi atas tu, so akupun tanyerlah senior yang bawak kitorang jalan tuh, dier kater, besi cangkuk atas bongkah batu tuh, ceritanyer cenggini. Masa Israel menawan Semenanjung Sinai dulu, diorang nak angkat batu nih bawak balik g Negara Israel, maklumlah, kisah batu nih, der kene mengena dengan nenek moyang diorang dulu iaitu Bani Israel. Mungkin cangkuk besi atas tuh, diorang nak ikat tali nak angkat kot. Tapi dengan izin Allah S.W.T mereka tak berjaya. Jadi kekallah batu tadi di Wadi Arba'in. Betol tak betol cerita tu, hanya Allah S.W.T yang mengetahui.

Tak bape nampak aa cangkuk besi atas batu tu..




Aa satu lagi tempat yang memang membuat aku insaf dengan nikmat hidayah ialah biler melawat Patung Lembu Samiri. Masih jelas ukirannyer.


Ukiran Patung Lembu kat tepi bukit..


Sebelum aku datang Mesir, biler dengar citer pasal PAtung Lembu Samiri nih, aku duk bayangkan dalam kepala, mungkin satu arca lembu besar atopun macam tugu besar. Tapi biler dah melawat dan melihat dengan mata kepala sendiri, rupanya PAtung Lembu Samiri tu, ialah satu ukiran lembu di sebuah bukit.


Sempat begambo lagi bawah ukiran lembu tuh..


Mungkin ramai yang dah tau pasal cerita Patung Lembu nih, tapi kepada yang tak pernah dengar dan mungkin lupa, kisahnya lebih kurang macam nilah, Ketika Nabi Musa A.S bermunajat di puncak Gunung Thursina, dia tinggalkan kaumnya selama 40 hari, aa mase tuh, der seorang pengikut dier yang tersesat arah bernama Samiri membuat patung lembu untuk disembah. Jadi ramailah pengikut2 Nabi Musa yang tersesat dengan menyembah patung lembu tuh. Mengikut ceritanya, sebab ramai yang tersesat menyembah patung lembu tuh, sebab patung tuh bleh bersuara, wallahu aklam..

Saint Katherine dan Jabal Musa..

DAlam Perjalanan aku kesinai, Aku berkesempatan menziarahi Jabal Musa atopun der orang panggil Jabal Thur. Jabal bermaksud Bukit atopun gunung.

Gunung nih terkenal, sebab ianya merupakan tempat Nabi Musa A.S bermunajat dan berbicara dengan Allah S.W.T. KAwasan gunung nih terletak 2500 meter dari paras laut. Suhunya memang tak hengat punyer sejuk.. Aku mase nak mendaki gunung tuh, pakai baju sampai 4 lapis, punyalah dingin. KAter orang, kalo bernasib baik, time musim sejuk nih, kita bleh jumpa salji kat puncak gunung tuh.
Bergambar di puncak Jabal Musa


Perjalanan mendaki dengan berjalan kaki selalunya memakan masa selama 3 jam. Kalo raser duit banyak, bleh naik unta, tapi aku rase tak adventure aa naik unta. tapi aku itu hari, banyak sangat berentinya sebab pancit, dekat 4 jam gak aa nak sampai puncak tuh.


Salah satu kenderaan alternatif untuk mendaki.


PErjalanan nak sampai ke puncak tuh, memang menyeksakanlah, tapi biler dah sampai puncak tuh, memang rase puas sangat2. Dengan pemandangan yang cantik, tunggu matahari terbit, aa lupe lak, aku muler mendaki kul 2 pagi, sampai lebih kurang kul 6 pagi, aa memang cantik sangat lah time tuh matahari tengah nak terbit. Memang menarik gler pemandangan dier.




Lepas dah usha2 pemandangan ngan tempat Nabi Musa A.S Bermunajat tuh, Tibelah masanya nak turun, nak turun dari gunung nipun satu bender yang menyeksakan gak. Naik ketor2 lutut aku..

Tempat yang dikatakan tempat Nabi Mussa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T


Memang pengalaman mendaki gunung sinai nih merupakan satu pengalaman yang takkan kita dapat selalu, aku besyukur kepada Allah S.W.T Kerana mengizinkan aku sampai ke tempat suci tanah yang diberkati.. Semenanjung Sinai nilah merupakan tempat yang Allah S.W.T pernah sebutkan dalam Al-Quran, lembah ini jugaklah tempat nabi Musa A.S berbicara dan menerima wahyu dari Allah S.W.T dan tempat bersemadinya Nabi Saleh A.S Dan Nabi Harun A.S. Jadi kalo datang ke Mesir memang rugilah tak datang melawat ke Gunung Sinai..

Maqam Nabi Saleh A.S

Maqam Nabi Harun A.S
Jalan dier, sejauh mata memandang


Alhamdulillah, selepas lame tak jenguk blog nih, baru arinih aku der semangat nak usha, bukan aper, lepas balik dari berjalan itu ari, badan tak hengatnyer letih. Yang paling letihnyer, bile panjat gunung sinai tuh. Abis satu badan sengal2. Abis pecah2 lemak aku..

Memang seronok berjalan kat Mesir nih, banyak tempat2 menarik, tempat2 bersejarah yang masih dijaga untuk tatapan generasi akan datang. Kesan2 tinggalan sejarah umat dan nabi2 yang terdahulu masih banyak yang masih utuh, mungkin untuk menjadi sebgai peringatan dan pengajaran kepada kita.

Untuk pengetahuan kawan2, itu ari aku berjalan ke semenanjung sinai, Dari buku dan papan tanda yang aku baca, Semenanjung sinai nih luas keseluruhannyer lebih kurang 61ribu kilometer, der 2 dua wilayah, sinai utara ngan sinai selatan.

Hampir seluruh wilayah semenanjung sinai ni penuh ngan padang pasir ngan gunung ganang. Tapi walau penuh ngan padang pasir ngan gunung ganangpun, sebelum nih, banyak dah negara yang nak menawan sememnanjung nih. Israel pun pernah tawan kawasan sinai nih, tapi pada tahun 1973 Mesir fight balik dan dapat menghalau israel keluar. Sebab tuh, sepanjang perjalanan, banyak kubu2 pertahanan Israel yang masih ader lagi, diorang buat sebagai tatapan.


Sahabat2 yang berjalan sekali..

Emm banyak plak merepek ek, aku ingat nak citer satu persatu tempat2 menarik yang aku dah lawati ketika dalam perjalanan. Kalo der orang nak bacer alhamdulillah, kalo takder orang nak bacerpun, alhamdulillah gaklah.. Bukan aper, sebagai bekongsi2 pengalaman jer..

Saturday, February 14, 2009

Ekspedisi Ke Dahab, Syam El-Syeikh Dan Semenanjung Sinai...

Insyaallah malam nih aku akan bertolak ngan rombongan kawan2 untuk pegi semenanjung sinai, tempat yang penuh dengan barakah, disitulah terletaknya gunung tursina tempat nabi Musa A.S. bermunajat kepada Allah S.W.T dan berbagai2 lagi tempat nabi Allah S.W.T.

Jadi aku berdoa kepada Allah S.W.T agar aku dikurniakan dengan nikmat kesihatan dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Kalo boleh bukan setakat dalam perjalanan rehlah ini jer, tapi termasuklah dalam perjalanan hidup yang bakal aku lalui..

Kalo panjang umur, bleh kite bekongsi pengalaman sepanjang saya berada di sana... Oskari samades...( betuiker ape yang aman kate tuh kak manjer?)...


Barang2 yang nak bawak g jalan2, semua dah cukup kot..(kaki sapelak kat belakang tuh?)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh................

Bundle Aboul Alak..

Pemandangan Bundle

Malam tadi aku berkesempatan berjalan ke satu tempat nama dier Aboul Alak satu tempat di Tahrir, dalam kaherah.. Tempat nih terkenal dengan bundle baju ngan suar.


Sweater, tapi port tak baekknye.. usha port len plak...


Keadaan dier sama ngan bundle kat negara kita, kalo kat ipoh tuh, kire same dengan Gerbang Malamlah. Kalo kat KL plak, kire cam downtownlah (tuiker nih). Tapi yang bezenyer, Kat bundle Aboul Alak nih, Dier hanya menjual pakaian terpakai sahaja.

Banyak seluar2 season yang RARE nyer!!!, tapi nak kene pandai pilihlah. Nak cari dalam betimbuan suar ngan baju tuh, memang kalo 2,3 jam tuh tak cukuplah nak pusing abis. Pusing punya pusing, takder satu baju ngan suarpun yang berkenan kat ati. Kawan2 yang mai sekali ngan aku, dah dapat dah baju yang diorang berkenan.


Muke ammu yang tesenyum lebo sebab Dinie beli baju dari dier..


Aku yang kecewa tak jumpe yang baekknyer


Last2 aku balik dengan tangan kosong.. Member kate, kalo nak jalan2 kat Aboul Alak nih, seelok2nyer pegi time awal bulan, time tuh, stok pakaian baru sampai, memang alleylah.. So insyaallah awal bulan depan, aku datang usha2 balik .


Salah satu baju yang diorang beli.. ok ker?


So BUNDLE ABOUL ALAK, haigi thani, insyaallah..

Thursday, February 12, 2009

Gym...

Pemandangan gym, kecikjer. Blehler tahan..


Aaa rinih, tetibe dapat idea nak letak satu aktiviti yang agak menarik yang kat Malaysia aku tak pernah terlintaspun nak buat. aa g gym.. Amacam? Menarik tak?

Gym nih dekat jer ngan umah aku, jalan kaki jer leh sampai dalam 5 minit, memangler kene jalan kaki, sebab dah takder kenderaan len, menariknyer gym nih kenekan bayaran ikut jam jer. Sejam 3 geneh. Ni merupakan kali pertama aku g gym seumur hidup, jadi lepas memuler masukjer pintu tuh, semangat gler nak angkat sume barang yang der dalam tuh. Jadi peghak sume alat dalam tuh aku nak try.

Meizi beraksi...

Aa nih body Made In Malaysia

Mr Universe Mesir kategori 130kg

Nampak cam senang jer nak angkat dumbell tuh, sekali angkat, menggeletor tangan nih. Nih time aku ngah menaip nih, tangan aku masih menggeletor lagi. Esok pagi bangun tido, gerenti satu badan sakit2nyer. Tapi best gak aktiviti nih, Emm insyaallah aku nak teruskan kegiatan nih, bagi tough skek badan.hohoho..

Yang maner lagi tough?hohoho..

Jumper lagi.. Adios, sayonara...semekom..

Tuesday, February 10, 2009

Kedai Minyak Wangi..

suasana kedai membuat minyak wangi


Arini aku berkesempatan pergi ke atabah, cadang nak g buat minyak wangi. Aa mesti tepikir, buang tebiatker, awat nak buat minyak wangi plak, nape bukan beli minyak wangi? aa teruskan membaca, insyaallah anda akan paham kenaper aku kate buat minyak wangi dan bukannyer beli minyak wangi. Hohohoh.

Atabah ni satu tempat yang terkenal ngan kedai2 buat minyak wangi, sume jenis minyak wangi der. Cakapjer nak jenis aper, Ck, Boss, Lacoste, Hugo, Giorgio Amani, Chanel, Escada dan macam2 lagilah, kalo nak sebut satu persatu, memang banyak gler.


Koleksi botol2 perfume terpakai


Citer nyer camni, selalunya, pelanggan yang nak buat minyak wangi, akan pegi kedai yang hanya jual botol minyak wangi terpakai dahulu, tapi kadang2, der gak kedai yang jual botol dan minyak wangi sekali. Bergantung pada kedai tulah. botol perfume yang dijual sume original. Aa harga bleh dirunding. Bergantung pada keadaan fizikal botol tersebut, kalo cantik, harganya mahaller skit, kalo botol yang dah banyak calar plak, ato nampak buruk skit, harganyapun murahler.



Aa pilihler mane yang berkenan



Dah pilih, ape lagi, tawar menawarler harganya


So selepas dah beli botol perfume yang berkenan, barulah pergi ke kedai yang membuat minyak wangi. Serah kat orang kedai tu botol perfume yang kita dah beli tadi, pastu pandai2 lah tuan kedai minyak wangi tuh isi minyak wangi dalam botol perfume yang kita bagi tadi.


Proses memasukkan minyak wangi

Mengikut senior2 aku, salunyer botol perfume yang berukuran 50 ml, pati minyak wangi yang akan diletak ialah 20ml, selebihnyer, akan dicampur dengan alkohol. Kalo botol 100ml plak, 40ml pati minyak wangi akan diletakkan.


Sempat lagi mamat nih duk usha


Minyak wangi nih memang sebijok bau dan ketahanannyer dengan perfume yang original. Senang kata second orilah. Jangan salah anggap lak, Perfume nih bukan macam minyak wangi yang dijual kat pasar malam kat negara kita tuh, botol dahler tak ori, pastu pati yang diletak dalam botol tu plak, bape liter ler sangat.

Ramai gak Budak2 Mesir yang biler bercuti balik Malaysia, Diorang borong banyak2 perfume nih, bleh dijual di Malaysia. Kalo tak jualpun, bagi pada sanak saudara, Bagi makker, bagi kakakker, aa yang paling banyak, bagi awekler kot.


Hasil kunjungan ke kedai perfume


So aku sempatlah beli beberape botol untuk di pakai seharian disini. Kepada senior2 Mesir yang lebih tau ato lebih arif tentang proses pembuatan minyak wangi nih, kalo info yang aku bagitau dalam blog nih ader yang salahker ato kurang tepat, harap dimaafkanlah ek.. Maklumler, aku nih budak junior jer, masih banyak yang tak tau tentang Mesir nih.

Kedai Jus Buah-Buahan..

Pemandangan kedai jus dari depan


Semekom, aa berjumper lagi kiter ek, (eleh macam power jer, macamler der orang yang tengok blog nih). Emm rini nak citer satu lagi keistimewaan Mesir yang takder ditempat kita iaitu Malaysia. Iaitu kedai jus buah-buahan segar.

Emm kat sini, banyak kedai2 jus buah-buahan yang dibuka tepi jalan, macam2 air buah-buahan segar yang bleh kita order jer, macam air tebu, air buah delima, air manggo, karot aa tak luper gak air tamarind. Sumenyer fresh, diorang blander, takder taruk air, takder taruk gula, blander terus minum. Memang rei..

Cocktail ni mahal skitler


Harganya jugak berpatutan, aku kalo keluar pegi jalan2, ontheway balik umah tuh, memang tak sah kalo tak singgah minum pekena jus manggo dulu. Lepas kene seteguk, ilang sume letih2 bejalan tadi. Tapi memandangkan sekang nih musim sejuk, aku salu order air limau. Dier perah, minum cenggitu jer, memang masam gler, tapi baik untuk kulit. Vitamin c ler katerkan.


Aksi dari pekerja kedai Jus



Sempat begambo depan kedai

Dekat syarik (jalan) Rod El Farag ni memang banyak kedai jus buah-buahan nih, tapi bagi aku dalam banyak2 kedai tuh, kedai nih jus dier yang paling rei. Tokey dierpun ramah, kire leh masyuk aa ngan bebudak melayu. Setiap kali singgah kedai dierjer, mesti dia sapa, apa khabar,
( dalam telo arabler).

Emm aku rase cukuplah takat tuh dulu aku merepek, semoga berjumpa lagi dilain post..

Semekom..

Sunday, February 08, 2009

IBC..



IBC.. International Bowling Centre. Emm tempat ni memang salu menjadi tempat bebudak melayu untuk melepak, sekali sekala untuk mereleasekan tension.

Dalam bangunan nih, macam2 kemudahan rekreasi yang disediakan, contoh, bowling, snooker, biliard, ping pong dan macam2 lagilah. So semalam kebetulan malam minggu, kitorang g lah berjalan ke sana.


Bergayer jer lebih..


Emm sebelum nak masuk, kene beli tiket 5 geneh dulu, dah masuk dalam, kalo nak main permainan, kene bayor tiket len. So saya ngan kawan2, sempat men duer permainan jer, yang pertama bowling, dan yang kedua snooker.


Markah score aku yang paling bawah tuh, ok ler kot..


Bowling kalo se frame satu kepala 10 geneh. Snooker plak, kire jam, sejam satu kepala 7 geneh. Duer2 game nih aku tak baper reti sangat men, tapi blehlah gak, suke2 jer men.



Der orang kater, men snooker nih tak baper elok, game budak nakal katenyer..hehehe..
( yeker?). Tapi bagi akulah, ok jer mennyer selagi tak men fight table..hohoho.. ke caner?

Tapikan, yang peliknyer, kalo men bowling ngan snooker kat malaysia, tak pernah tepikirpun nak amik gambo, tapi biler kat Mesir nih sumer bender nak bergambonyer..hohoho..

Saturday, February 07, 2009

Makrod..



Makrod.. Mungkin der gak yang tak tau, tapi ramailer yang tau. Emm buat yang tak tau, bleh tau lepas nih, maksud makrod tuh dalam bahasa Melayu lebih kurang pameran ( kalo tak bape tepat, harap diperbetulkan ). Pameran Buku. Aa tulah citer saya arinih.. Iaitu citer mengenai pameran buku.


Maktabah2 (syarikat2 buku )yang sedia untuk dikunjungi


Emm setiap tahun kerajaan Mesir akan menganjurkan makrod nih, selalunyer pameran buku nih berlangsung selama 2 minggu.. Pada Tahun nih makrod setat dari 21 haribulan Januari itu ari sampai 5 haribulan february baru2 nih..




So aku berkesempatan untuk berjalan meninjau kehangatan pameran buku nih. Memang seronok, Ramai gler babas manusia, berbagai2 warna kulit datang usha buku2 ato kitab di Makrod nih, kat Malaysialah kan, aku pernah gak g pameran buku kat PWTC, tapi orang yang datang, bleh kire ngan kalkulator. (maksud aku tak ramai) Berbeza dengan di sini, Aku raselah kan, minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dah semakin baik, tapi minat nak membeli buku ilmiah agak kurang kot. yang banyak, minat beli majalah ringan2 macam majalah hiburan, majalah gosip, aa tuh memang ramai suke beli. tui tak? ke tak betoi? maaflah kalo der menyinggung perasaaan sesaper, tapi memang itulah realitinya.

Balik pada citer Makrod tadi, banyak kitab2 karangan ulamak terdahulu dan ulamak2 kontemporari dijual disini. Naik juling mata aku tengok. banyak sesangat.. sampai tak tau nak beli yang mane satu.. Harganya alhamdulillah, murah2 belaka. Kitab yang harga dekat seribu lebih kat Malaysia, bleh dapat dalam 2 ato 3 ratus jer kat makrod nih.


Fathul Bari karangan ibnu hajar..


Lisanul Arabpun ader..




Kalo ikutkan ati, memang banyak kitab karangan imam besar2 dan power2 aku nak beli, tapi apakan daya, ekonomi tak berapa mengizinkan, dapatlah beli skit2 jer.. insyaallah tahun depan aku nak simpan duit bebanyak, pastu borong kitab2 yang aku dah aim..


Ini jer koleksi yang aku mampu beli..

Tak sabo nak tunggu Makrod lagi tahun depan.
Kepada Kawan2 yang kat Mesir nih, ape kitab yang korang beli kat makrod?

P/s: Sedih mengenangkan nasib negeriku Perak.. Jatuh dan bangun adalah asam garam dalam perjuangan. Berusaha dan bertawakkallah kepada Allah SWT.
( Kamu wahai manusia merancang, Allah SWT juga merancang, Dan rancangan Allah SWT lah sebaik2 perancangan )