Tuesday, June 29, 2010

sorang lagi balik..

badanje kat mesir tuh, pikiran dah duk kat mesia dah..ho2..


aku baru balik dari ziarah member nak balik mesia, duer tige minggu nih asik duk berziarah member2 nak balik mesia je, maklumlah skang musim cuti.. cedeyle plak tengok lepas sorang2 balik.. aku nih bile nak bley baliknye..

kepada sahabatku zul aiman, semoga selamat smpai ke malaysia...

ahli kuarge baru...

lame gile babas tak mengupdate, tadek idea ape yang mau ditaip.. so rinih adele berita skit nak dikongsi..
buat yang dah tau, sebelum nih umah sewe kitorang nih ade bele sekor kucing malas yang benama chicodo.. dah lame dah kitorang bele die, dekat 2 tahun setengah dah..die nilah teman ketika sedey dan gembire kitorang..he2..

budak maleh bename chicodo..


pendekkan citer, baru2 nih de kawan dah nak balik mesia, diepun de bele kucing, die maleh nak bawak balik mesia, jadi dierpun jueilah kat kitorang kucing dier tuh.. kucing betina, name die kelako skit, UT namenye, tuan lame die letak name tuh, kitorang lak cadang nak tuko name, letak name WAWA, manje cikit.. cantek sangatle kalo kawenkan ngan chicodo..ho2.. chicodopun dah lame hidup membujang..


ut aka WAWA..


masuk rinih dah dekat 3 hari ut tuh lepak ngan kitorang, memule die sampei umah nih, chicodo memang takley rapat langsung ngan dier, deduer asik nak begaduh je, mungkin chicodo dengkile kot yang ut tuh lagi comei dari dier.. sampei kawan aku lak, siap pakse diorang duk satu sangkor, nak kasi chicodo besekan diri ngan awek baru tuh..


kene kurung dalam sangko beduer...


tapi setakat arinih, diorang due ekor masih tak ngam, macam2 ikhtiar kitorang buat, korang der tips tak cane nak kasi BINATANG duer ekor nih ngam, ley idup aman damai sebagai suami isteri dan dikurniakan anak2 yang somel2?..kui2.. kalo ader, kongsikanle ek...


Chichodo buat gaye macho kene ngorat ngan ut...


Saturday, June 05, 2010

Penawar Hati....



Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu Masu’d membalas, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.

Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.

demikianlah penawar ati yang resah: kadang-kala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah, tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah SWT, “Jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)


Ya Allah ya tuhanku, kau tabahkanlah hatiku dalam menempuhi dugaanmu...aku insan yang lemah dan tak berdaya...aku redha dengan ujianmu...