Saturday, June 05, 2010

Penawar Hati....



Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu Masu’d membalas, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.

Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.

demikianlah penawar ati yang resah: kadang-kala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah, tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah SWT, “Jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)


Ya Allah ya tuhanku, kau tabahkanlah hatiku dalam menempuhi dugaanmu...aku insan yang lemah dan tak berdaya...aku redha dengan ujianmu...

4 comments:

"iNdaH" said...

:'( humm..ye

aman said...

ape yang yer?

Anonymous said...

xde post terbaru ke,,,rindu kat tulisan ustaz mior kita ni...

aman said...

hu2..sogan den..rase cam kene perli je..emm takde aktiviti aa..ari2 aktiviti yang sameje, so tak tau ape bende nak isi dalam blog nih...hu2..