Saturday, February 07, 2009

Makrod..



Makrod.. Mungkin der gak yang tak tau, tapi ramailer yang tau. Emm buat yang tak tau, bleh tau lepas nih, maksud makrod tuh dalam bahasa Melayu lebih kurang pameran ( kalo tak bape tepat, harap diperbetulkan ). Pameran Buku. Aa tulah citer saya arinih.. Iaitu citer mengenai pameran buku.


Maktabah2 (syarikat2 buku )yang sedia untuk dikunjungi


Emm setiap tahun kerajaan Mesir akan menganjurkan makrod nih, selalunyer pameran buku nih berlangsung selama 2 minggu.. Pada Tahun nih makrod setat dari 21 haribulan Januari itu ari sampai 5 haribulan february baru2 nih..




So aku berkesempatan untuk berjalan meninjau kehangatan pameran buku nih. Memang seronok, Ramai gler babas manusia, berbagai2 warna kulit datang usha buku2 ato kitab di Makrod nih, kat Malaysialah kan, aku pernah gak g pameran buku kat PWTC, tapi orang yang datang, bleh kire ngan kalkulator. (maksud aku tak ramai) Berbeza dengan di sini, Aku raselah kan, minat membaca dikalangan rakyat Malaysia dah semakin baik, tapi minat nak membeli buku ilmiah agak kurang kot. yang banyak, minat beli majalah ringan2 macam majalah hiburan, majalah gosip, aa tuh memang ramai suke beli. tui tak? ke tak betoi? maaflah kalo der menyinggung perasaaan sesaper, tapi memang itulah realitinya.

Balik pada citer Makrod tadi, banyak kitab2 karangan ulamak terdahulu dan ulamak2 kontemporari dijual disini. Naik juling mata aku tengok. banyak sesangat.. sampai tak tau nak beli yang mane satu.. Harganya alhamdulillah, murah2 belaka. Kitab yang harga dekat seribu lebih kat Malaysia, bleh dapat dalam 2 ato 3 ratus jer kat makrod nih.


Fathul Bari karangan ibnu hajar..


Lisanul Arabpun ader..




Kalo ikutkan ati, memang banyak kitab karangan imam besar2 dan power2 aku nak beli, tapi apakan daya, ekonomi tak berapa mengizinkan, dapatlah beli skit2 jer.. insyaallah tahun depan aku nak simpan duit bebanyak, pastu borong kitab2 yang aku dah aim..


Ini jer koleksi yang aku mampu beli..

Tak sabo nak tunggu Makrod lagi tahun depan.
Kepada Kawan2 yang kat Mesir nih, ape kitab yang korang beli kat makrod?

P/s: Sedih mengenangkan nasib negeriku Perak.. Jatuh dan bangun adalah asam garam dalam perjuangan. Berusaha dan bertawakkallah kepada Allah SWT.
( Kamu wahai manusia merancang, Allah SWT juga merancang, Dan rancangan Allah SWT lah sebaik2 perancangan )

No comments: