Sunday, February 22, 2009

Wadi Arba'in dan Patung Lembu Samiri..

Ini juga merupakan dua tempat yang bersejarah yang terdapat di semenanjung Sinai yang sempat aku g melawat. Wadi Arba'in dan Patung Lembu Samiri..

Wadi arba'in nih ialah satu tempat yang terdapat sebiji bongkah batu besar yang Nabi Musa A.S dikurniakan Allah S.W.T dengan satu mukjizat. Iaitu mengeluarkan 12 mata air dari sebiji bongkah batu. Kisah ini diceritakan didalam Al-Quran.


Nampak tak lubang2 kat batu tuh? Nilah tempat mengalir air mata air tu..


Sampai sekarang batu tu masih wujud, dan lubang mata air yang der dua belas tupun masih tersergam kukuh, kekal sebagai mukjizat Nabi Allah Musa A.S. Cuma air mata air je yang tak mengalir lagi.

Masa aku melawat bongkah batu ni, aku tengok atas batu tu ader besi macam cangkuk, pelik gak aku, apsal der cangkuk besi atas tu, so akupun tanyerlah senior yang bawak kitorang jalan tuh, dier kater, besi cangkuk atas bongkah batu tuh, ceritanyer cenggini. Masa Israel menawan Semenanjung Sinai dulu, diorang nak angkat batu nih bawak balik g Negara Israel, maklumlah, kisah batu nih, der kene mengena dengan nenek moyang diorang dulu iaitu Bani Israel. Mungkin cangkuk besi atas tuh, diorang nak ikat tali nak angkat kot. Tapi dengan izin Allah S.W.T mereka tak berjaya. Jadi kekallah batu tadi di Wadi Arba'in. Betol tak betol cerita tu, hanya Allah S.W.T yang mengetahui.

Tak bape nampak aa cangkuk besi atas batu tu..




Aa satu lagi tempat yang memang membuat aku insaf dengan nikmat hidayah ialah biler melawat Patung Lembu Samiri. Masih jelas ukirannyer.


Ukiran Patung Lembu kat tepi bukit..


Sebelum aku datang Mesir, biler dengar citer pasal PAtung Lembu Samiri nih, aku duk bayangkan dalam kepala, mungkin satu arca lembu besar atopun macam tugu besar. Tapi biler dah melawat dan melihat dengan mata kepala sendiri, rupanya PAtung Lembu Samiri tu, ialah satu ukiran lembu di sebuah bukit.


Sempat begambo lagi bawah ukiran lembu tuh..


Mungkin ramai yang dah tau pasal cerita Patung Lembu nih, tapi kepada yang tak pernah dengar dan mungkin lupa, kisahnya lebih kurang macam nilah, Ketika Nabi Musa A.S bermunajat di puncak Gunung Thursina, dia tinggalkan kaumnya selama 40 hari, aa mase tuh, der seorang pengikut dier yang tersesat arah bernama Samiri membuat patung lembu untuk disembah. Jadi ramailah pengikut2 Nabi Musa yang tersesat dengan menyembah patung lembu tuh. Mengikut ceritanya, sebab ramai yang tersesat menyembah patung lembu tuh, sebab patung tuh bleh bersuara, wallahu aklam..

No comments: