Sunday, February 22, 2009

Jalan dier, sejauh mata memandang


Alhamdulillah, selepas lame tak jenguk blog nih, baru arinih aku der semangat nak usha, bukan aper, lepas balik dari berjalan itu ari, badan tak hengatnyer letih. Yang paling letihnyer, bile panjat gunung sinai tuh. Abis satu badan sengal2. Abis pecah2 lemak aku..

Memang seronok berjalan kat Mesir nih, banyak tempat2 menarik, tempat2 bersejarah yang masih dijaga untuk tatapan generasi akan datang. Kesan2 tinggalan sejarah umat dan nabi2 yang terdahulu masih banyak yang masih utuh, mungkin untuk menjadi sebgai peringatan dan pengajaran kepada kita.

Untuk pengetahuan kawan2, itu ari aku berjalan ke semenanjung sinai, Dari buku dan papan tanda yang aku baca, Semenanjung sinai nih luas keseluruhannyer lebih kurang 61ribu kilometer, der 2 dua wilayah, sinai utara ngan sinai selatan.

Hampir seluruh wilayah semenanjung sinai ni penuh ngan padang pasir ngan gunung ganang. Tapi walau penuh ngan padang pasir ngan gunung ganangpun, sebelum nih, banyak dah negara yang nak menawan sememnanjung nih. Israel pun pernah tawan kawasan sinai nih, tapi pada tahun 1973 Mesir fight balik dan dapat menghalau israel keluar. Sebab tuh, sepanjang perjalanan, banyak kubu2 pertahanan Israel yang masih ader lagi, diorang buat sebagai tatapan.


Sahabat2 yang berjalan sekali..

Emm banyak plak merepek ek, aku ingat nak citer satu persatu tempat2 menarik yang aku dah lawati ketika dalam perjalanan. Kalo der orang nak bacer alhamdulillah, kalo takder orang nak bacerpun, alhamdulillah gaklah.. Bukan aper, sebagai bekongsi2 pengalaman jer..

No comments: