Sunday, February 22, 2009

Saint Katherine dan Jabal Musa..

DAlam Perjalanan aku kesinai, Aku berkesempatan menziarahi Jabal Musa atopun der orang panggil Jabal Thur. Jabal bermaksud Bukit atopun gunung.

Gunung nih terkenal, sebab ianya merupakan tempat Nabi Musa A.S bermunajat dan berbicara dengan Allah S.W.T. KAwasan gunung nih terletak 2500 meter dari paras laut. Suhunya memang tak hengat punyer sejuk.. Aku mase nak mendaki gunung tuh, pakai baju sampai 4 lapis, punyalah dingin. KAter orang, kalo bernasib baik, time musim sejuk nih, kita bleh jumpa salji kat puncak gunung tuh.
Bergambar di puncak Jabal Musa


Perjalanan mendaki dengan berjalan kaki selalunya memakan masa selama 3 jam. Kalo raser duit banyak, bleh naik unta, tapi aku rase tak adventure aa naik unta. tapi aku itu hari, banyak sangat berentinya sebab pancit, dekat 4 jam gak aa nak sampai puncak tuh.


Salah satu kenderaan alternatif untuk mendaki.


PErjalanan nak sampai ke puncak tuh, memang menyeksakanlah, tapi biler dah sampai puncak tuh, memang rase puas sangat2. Dengan pemandangan yang cantik, tunggu matahari terbit, aa lupe lak, aku muler mendaki kul 2 pagi, sampai lebih kurang kul 6 pagi, aa memang cantik sangat lah time tuh matahari tengah nak terbit. Memang menarik gler pemandangan dier.




Lepas dah usha2 pemandangan ngan tempat Nabi Musa A.S Bermunajat tuh, Tibelah masanya nak turun, nak turun dari gunung nipun satu bender yang menyeksakan gak. Naik ketor2 lutut aku..

Tempat yang dikatakan tempat Nabi Mussa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T


Memang pengalaman mendaki gunung sinai nih merupakan satu pengalaman yang takkan kita dapat selalu, aku besyukur kepada Allah S.W.T Kerana mengizinkan aku sampai ke tempat suci tanah yang diberkati.. Semenanjung Sinai nilah merupakan tempat yang Allah S.W.T pernah sebutkan dalam Al-Quran, lembah ini jugaklah tempat nabi Musa A.S berbicara dan menerima wahyu dari Allah S.W.T dan tempat bersemadinya Nabi Saleh A.S Dan Nabi Harun A.S. Jadi kalo datang ke Mesir memang rugilah tak datang melawat ke Gunung Sinai..

Maqam Nabi Saleh A.S

Maqam Nabi Harun A.S

No comments: