Saturday, May 08, 2010

kasihmu membawa ke syurga..


Selamat hari ibu mak... setiap hari adalah hari ibu buat aman..jasa dan kasih sayang mak membesarkan aman dan adik beradik lain bersendirian selepas kematian abah memang tidak mampu kami balas. Selepas abah dah takde, maklah yang pikul sume tanggungjawap abah kepada kami adik beradik..Hanya allah saja mampu membalas jasa mak kerana tuhan saja yang tahu penderitaan mak..

Aman dan adik beradik lain mak jaga dan berikan didikan secukupnya biarpun adakalanya dengan leteran dan kemarahan, sebab nakkan kami adik beradik menjadi manusia. Dari kecik hinggalah beso aman salu hidup di perantauan, sekolah rendah asrama, sekolah menengahpun asrama, masuk kolejpun asrama, skang nih duk mesirpun asrama gak. jadi tak banyak yang dapat aman lakukan untuk melunaskan tanggungjawap sebagai anak selain doa yang tak pernah berhenti selagi aman bernafas..

Anakmu ini sentiasa mendoakan agar dirimu sentiasa berada dalam naungan rahmat allah, diberi nikmat kesihatan dan kegembiraan.. Aman salu ingat, mak kate, mak nak g wat umrah lagi, kate mak, tenangje bile duk kat sana.. semoga impian mak tercapai..

ihubbuki ilal abad...

luv you forever...

p/s: mak baceke blog nih ek...hehehe...

4 comments:

aman said...
This comment has been removed by the author.
aman said...

ayat agak poyos skit na..beseler ayat cedok2..hu2..teman nih manele reti sgt mengarang..

pingu said...

laaa ayat tiru lg?bru nk terharuuu phewww mio2 ;p

aman said...

heheheh..takdelah..ayat tuh ikhlas dari ati tau..saje je men2...